Monday, May 7, 2012

Dato' Pahlawan

Dato',
Hanyalah sekadar pangkat,
Pangkat yang tidak seberapa,
Di beri atas usahanya yang gigih,
Ku bukanlah datang dari keluarga dato' yang kau sangkakan,
Keluarga ku,
Keluarga biasa,
Janganlah hanya sekadar pangkat,
Pangkat yang tidak seberapa itu,
Ku ditinggalkan,
Di sakitkan lagi dengan kata-kata mu yang berbunyi seperti gurauan,
Hati ku sakit,
Sakit yang tidak terhingga,
Hanya tuhan sahaja yang tahu,
Mulut ku kaku,
Tidak mampu berkata apa-apa,
Hanya pipi dibasahi air jernih.
Air jernih yang mengalir tanpa izinku,
Pabila kamu bertanya pada ku,
"Kau menangiskah?"
Tidak sama sekali ku akan mengaku,
Ku tidak mahu kau tahu betapa deritanya diri ku,
Ku tidak mahu kau tahu betapa sengsaranya diri ku,
Ku tidak mahu kau tahu betapa pedihnya hati ku ini,
Sekiranya inilah penamatnya,
Ku mahu ucapkan,
Terima kasih,
Kerana memberi peluang padaku,
Untuk mengenal diri mu,
Terima kasih buah hati ku yang disayangi.

No comments:

Post a Comment